TAJUK : SUMBANGAN TOKOH SYEIKH
ABDULLAH FAHIM SYEIKH IBRAHIM
NAMA KUMPULAN : MUHAMAD FAIZ BIN RAHMAD
02DLS15F2024
MUHKLIS ASIKIN PUTRA BIN MANSUR
02DLS15F2038
MARWAN IKHWAN BIN MOHAMAD
02DLS15F2022
SUGGESYEN
02DLS15F20
NAMA PENSYARAH : EN MOHD NOOR ZAIDI
BIN MOHD ZAWAWI
Sheikh Abdullah
Fahim
Sheikh Abdullah
Fahim adalah anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Bapanya Sheikh
Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin dikota Makkah dan menjadi guru agama
di Masjidil Haram dalam bidang pengajian al-Quran. Semasa hayatnya, Sheikh
Ibrahim Tahir juga pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengelola Masjidil
Haram selama tujuh tahun. Kedua beranak ini dikenali oleh masyarakat Makkah
sebagai keturunan Jawa dan Patani.
Sheikh Abdullah
Fahim pernah menuntut dengan 45 orang guru agama terkenal dan mendapat kelulusan
dalam lebih 15 bidang ilmu Islam. Kemahiran utama datuk kepada Perdana
Menteri Malaysia kelima ini adalah dalam bidang ilmu Falak dan
Kesusasteraan Arab. Sewaktu berada di Makkah, beliau mengambil kesempatan
mempelajari ilmu politik Islam.
Kesedaran
beliau untuk mempelajari selok-belok ilmu politik Islam ini jelas menunjukkan
bahawa beliau adalah seorang ulama yang cintakan ilmu pengetahuan yang seimbang
antara dunia dan akhirat. Di samping itu, ia juga membuktikan betapa Sheikh
Abdullah Fahim seorang ulama yang memiliki pemikiran terbuka serta tidak
terkongkong sifatnya.
Semasa tinggal di Makkah, Abdullah Fahim mendirikan rumah
tangga dengan Hajjah Wan Habsah Haji Abdullah. Mereka dikurniakan dua orang
anak lelaki iaitu Ghazali dan Ahmad Badawi. Ghazali dan ibunya, Wan Habsah
meninggal dunia di Makkah.
Dalam
bidang agama, Abdullah Fahim mengajar ilmu usuluddin, falak, tafsir al-Quran
dan Hadis di Masjidil Haram. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa
termasuk yang berasal dari Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, Sumatera,
Jawa, Pattani, Filipina, India dan China. Disebabkan oleh kemasyhurannya,
apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1921, Abdullah Fahim sering diundang untuk
menyampaikan ceramah atau memberi pendapat pada seminar dan forum mengenai
Islam. Ketinggian ilmu agama yang beliau miliki turut diakui oleh ulama
terkenal Indonesia, Profesor Dr.
Hamka.
Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu pada 1921, Abdullah Fahim
tinggal di kampung Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah dan menjadi guru di Maahad Mahmud
yang ketika itu menggunakan sistem pendidikan secara pondok. Pada peringkat
awal kepulangan beliau ke tanah air, beliau terpaksa menggilap semula
kemahirannya berbahasa Melayu mkerana sudah sekian lama tidak mengamalkan
bahasa itu.
Selepas menetap di Kedah
selama beberapa tahun, pada 1925, beliau berpindah ke Kepala Batas, Seberang
Prai, Pulau Pinang. Semasa mula-mula tinggal di Kepala Batas, beliau mengajar
agama di anjung rumahnya dan di
Masjid Kepala Batas. Apabila jumlah muridnya semakin bertambah, ulama yang
merupakan Mufti pertama Pulau Pinang ini mengasakan penubuhan Madrasah
Daeratul Maarif al-Wataniah di Kepala Batas yang tenaga pengajarnya termasuklah
anak beliau, Ahmad Badawi.
Selain terkenal sebagai
pendidik agama, ulama dan pejuang politik Islam, Sheikh Abdullah Fahim juga
adalah penulis handalan yang banyak karyanya tersiar dalam majalah dan akhbar
di negara Arab pada 1920-an. Selain itu, tulisannya dalam bahasa Melayu pula
banyak diterbitkan di Tanah Melayu dan Singapura.
Pendek kata, sepanjang
hayatnya, Abdullah Fahim telah menggunakan segala ilmu yang di kurniakan oleh
Allah kepadanya untuk memberi manfaat kepada umat Islam dari seluruh pelosok
dunia. Jariah yang beliau curahkan itu mengalir hingga ke hari ini apabila
ramai muridnya menjadi guru agama, mufti, kadi dan sebagainya yang mencurahkan
khidmat bakti demi kesejahteraan masyarakat di dunia dan akhirat.
Ulama yang Tegas dan
Pentingkan Perpaduan
Selain itu, Sheikh Abdullah
Fahim adalah salah seorang daripada ulama yang tegas dan sangat prihatin kepada
perpecahan umat Islam. Beliau memberikan nasihat kepada orang Melayu supaya
jangan mengikut ajaran Khawarij yang mencetuskan perbalahan di kalangan umat
Islam apabila mereka keluar dan berpisah daripada kepimpinan Saidina Ali r.a..
Beliau juga pernah menunjukkan tingakan tegas dengan meninggalkan majlis yang
menyerang dan memperkecilkan orang melayu yang berpegang kepada mazhab Syafie.
Beliau juga pernah merayu
supaya orang melayu berpegang teguh dengan semangat perpaduan ummah dan bersatu
padu dalam kesatuan bangsanya.
Penglibatan Abdullah Fahim
dalam Politik
Kesetiaan Abdullah Fahim
terhadap perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan apabila beberapa hari selepas
parti itu ditubuhkan pada Mei 1946, Yang DiPertua Pertama parti itu, Onn bin
Jaafar dating menemuinya dan meminta beliau menjadi ahli UMNO pertama bagi
kawasan Seberang Prai Utara.
Sebaik sahaja Abdullah Fahim,
menandatangani borang keahlian, Onn menyematkan lencana UMNO pada kolar kot
beliau. Lencana tersebut dipakai oleh Abdullah Fahim hingga akhir hayatnya bagi
membuktikan betapa beliau amat menyayangi dan menghayati perjuangan parti itu.
Sumbangan Abdullah Fahim Yang
Berharga (Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara)
Semasa beliau dikunjungi Tunku
Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO lain
untuk mendapatkan tarikh berkenaan, Abdullah Fahim mencadangkan dua tarikh
iaitu 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962. Pada pendapat beliau, tarikh 31 Ogos 1957
paling sesuai memandangkan segala usaha dan perjuangan rakyat Malaya sudah
sampai kepada masanya untuk membuat tuntutan dan sekiranya pihak British tidak
bersetuju dengan tarikh itu, maka satu lagi tarikh yang sesuai dan baik untuk
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ialah 31 Ogos 1962.
Apabila kedua-dua tarikh
tersebut dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi UMNO, Ketua pemuda
UMNO, Saadon Haji Jubir menolak tarikh alternatif 31 Ogos 1962 dan bertekad
bahawa sekiranya British menolak tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan
negara ini, pemuda UMNO akan bertindak secara habis-habisan untuk menentangnya.
Walau bagaimanapun dengan
nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan Tunku, akhirnya seperti yang terakam
dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos
1957. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati oleh
Abdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Tarikh inilah
yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti kemerdekaan.
Mungkin juga tidak ramai yang
mengetahui bahawa pada pertemuan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Abdullah Fahim
memberitahu Tunku bahawa selepas lima tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,
negara ini akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat
yang beliau miliki itu ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua, Tanah
Melayu telah ditukar namanya kepadaMalaysia lima tahun selepas kemerdekaannya.
Walaupun ramai orang yang
kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim, tetapi bagi
beliau dan ahli keluarganya, semua itu adalah pemberian Allah kepada sesiapa
jua yang dikehendakinya.
Sungguhpun Abdullah Fahim
bukan pemimpin utama UMNO, tetapi buah fikiran beliau sebagai orang tua dan
ulama yang dihormati amat diperlukan dalam menangani sesuatu isu besar yang
dihadapi oleh rakyat dan negara. Sebagai ulama, segala kata-kata dan buah
fikirannya diyakini bebas daripada sebarang kepentingan diri serta mendapat
petunjuk dari Allah.
Sifat Peribadi Abdullah Fahim
Itulah antara keistimewaan
yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan seorang wali yang amat
dihormati oleh penduduk Pulau Pinag, terutamanya di Seberang Prai dan Kepala
Batas.
Kematian syeikh Abdullah Fahim
Akhirnya sampailah sudah
kesudahan riwayat hidup seorang ulama dan tokoh kemerdekaan yang terkenal dan
tiada tandingannya. Sheikh Abdullah Fahim menghembuskan nafas terakhir pada 28
April 1961 pada waktu pagi iaitu pukul 8 di rumahnya di Kepala Batas. Ketika
itu, usia beliau ialah 92 tahun. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan
di perkarangan Masjid Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sheikh Abdullah Fahim
meninggalkan seorang anak iaitu Ahmad Badawi dan beberapa orang cucu, di
antaranya ialah Perdana Menteri kita yang dikasihi, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi.
Semoga Allah mencucuri rahmat
ke atas rohnya. Amin.
KESIMPULAN
Al Marhum
Syeikh Abdullah Fahim adalah tokoh guru agama yang berkaliber dan pemergiannya
mengisi ruang kosong yang ditinggalkannya untuk generasi kemudian.Syukur kepada
Allah keran masih ada golongann cerdik pandai yang baru yang sentiasa berusaha
ke arah yang dipedomankan olehnya.Tidak sia-sialah nama pusat
pengajian"Daeratul Ma'arif Al Wataniah" yang sentiasa menyahut seruan
golongan cerdik pandai untuk melangsungkan tradisi keilmuan guru-guru terkemuka
di mana-mana sahaja.
Oleh itu,apabila berbicara mengenai seorang pejuang agama yang diabadikan namanya dalam sekian banyak media meliputi buku,majalah,risalah ataupun monumen yang dibin meliputi sekolah dan taman perumahan maka tidak syak lagi bahawa beliau adalah orangnya yang disebut sebut oleh segenap masyarakat yang sentiasa menghargai dan menyanjunginya sebagai tokoh cendekiawan yang masih tiada gantinya sehingga kini.Walaupun sebutir permata yang pernah menerangi hati nurani bangsanya telah tiada tetapi obor ilmunya sentiasa menyala yang menjadi pendorong kepada anak watan meneruskan perjuangan yang telah diwariskan itu.
Oleh itu,apabila berbicara mengenai seorang pejuang agama yang diabadikan namanya dalam sekian banyak media meliputi buku,majalah,risalah ataupun monumen yang dibin meliputi sekolah dan taman perumahan maka tidak syak lagi bahawa beliau adalah orangnya yang disebut sebut oleh segenap masyarakat yang sentiasa menghargai dan menyanjunginya sebagai tokoh cendekiawan yang masih tiada gantinya sehingga kini.Walaupun sebutir permata yang pernah menerangi hati nurani bangsanya telah tiada tetapi obor ilmunya sentiasa menyala yang menjadi pendorong kepada anak watan meneruskan perjuangan yang telah diwariskan itu.
RUJUKAN
ulama-nusantara.blogspot.com/.../abdullah-fahim
tamanulama.blogspot.com/.../sheikh-abdullah-fahim-p...
https://www.youtube.com/watch?v=mkrXi0trVZs
PENGHARGAAN
Alhamdulillah
kami ucap kan kepada allah swt . Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada EN MOHD NOOR ZAIDI
BIN MOHD ZAWAWI iaitu pensyarah yg telah mengajar kami erti kehidupan
sebagai pelajar di IPT ,dan tidak henti
memberikan tunjuk ajar kepada kami tanpa mengenal erti penat lelah , terutamanya
dalam bidang pengajian malaysia . Akhir sekali kami ingin mengucapkan terima kasih
kepada keluarga dan juga rakan-rakan yg sentiasa memberi sokongan kepada kami .
J
No comments:
Post a Comment